Saya mengucapkan tahniah kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Affendi Buang atas pelantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21 Angkatan Tentera Malaysia.

Pelantikan ini cukup bersejarah kerana beliau adalah anak pertama Sarawak yang memegang jawatan ini dan Panglima Tentera Udara yang kedua dalam sejarah diberikan amanah menggalas tugas ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada PAT yang lepas, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Zainal Abidin atas 41 tahun perkhidmatannya kepada negara.

Saya yakin ATM akan terus menjadi lebih gagah di bawah kepimpinan baru.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri
Ahli Parlimen Setiawangsa

Share This