PNB baru-baru ini mengumumkan pendapatan 5.00 sen seunit ASB untuk tahun 2019 dan bonus 0.50 sen seunit.

Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah, seperti yang dijangkakan, cuba untuk mempolitikkan kemajuan ini dan telah cuba menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, perkara ini mengabaikan hakikat bahawa ekonomi global telah menghadapi rintangan yang ketara tahun ini dan pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan tadbir urus korporat oleh pihak PNB.

Aset di Bawah Pengurusan (AUM) PNB juga melebihi RM300 bilion, dengan kira-kira 90 peratus dilaburkan di dalam Malaysia. Sebarang pergerakan besar oleh PNB akan memberi impak besar kepada pasaran saham Malaysia. ASB bukanlah satu dana ajaib yang beroperasi dalam vakum.

Justeru, pendapatan 5.5%, walaupun mungkin mengecewakan sesetengah pihak, masih merupakan pencapaian besar oleh PNB. Pengagihan RM9.0 billion telah diagihkan kepada 10 juta pemegang unit. Ini kejayaan besar pasukan PNB termasuk kepimpinan baharu.

Sama ada kita suka atau tidak, sebagai ekonomi terbuka, Malaysia termasuk dalam ekonomi global dan kita tidak akan mampu sepenuhnya melindungi diri kita daripada arusnya. Menjadikan rakyat ketagih kepada dividen yang tidak lestari adalah tidak bertanggungjawab.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This