Komen-komen yang katanya dibuat di Konvensyen Kebangkitan Ummah 2018 yang baru dijalankan adalah amat malang, bertentangan dengan semangat Malaysia dan tidak selari dengan Islam.

Sesiapa sahaja yang tahu sedikit tentang sejarah Malaysia tahu bahawa rakyat pelbagai kaum memperjuangkan dan mati untuk kemerdekaan negara.

Pada masa yang sama, tidak adil untuk biasiswa dihadkan hanya untuk pelajar-pelajar satu kaum atau agama.

Masalah yang dihadapi masyarakat Bumiputera bukan kerana adanya golongan bukan Bumiputera, tetapi kerana pentadbiran yang lemah, kesilapan tadbirurus dan kepimpinan yang mementingkan diri sendiri.

Jangan kita lupa Bumiputera Sabah dan Sarawak, yang mana ramai adalah bukan Islam di samping masyarakat Orang Asli.

Pemikiran yang memecahbelahkan dan bersifat perkauman tidak akan mengangkat martabat masyarakat kita. Islam sentiasa mengajar kita tentang berlaku adil dan menunjukkan rahmat kepada semua masyarakat. E

Semua rakyat Malaysia patut menolak aliran pemikiran berbahaya yang dibawa konvensyen ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA PAKATAN HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Share This