Kita baru menerima keputusan dari Mahkamah Koroner yang menyatakan kematian Allahyarham Adib adalah akibat perbuatan jenayah.

Saya berharap pihak PDRM dan Peguam Negara segera mengambil tindakan, supaya mereka yang bertanggungjawab segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Pihak penguatkuasa pula harus meneliti Standard Operation Procedure (SOP) dan memperbaiki kelemahan yang ada. Kita tidak mahu kes seperti ini berulang lagi.

Saya harap semua pihak bertenang dan kita serahkan kepada penguatkuasa untuk melakukan kerja mereka.

Saya percaya Badan Kehakiman cukup telus di Malaysia, dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This