Saya bersetuju dengan kenyataan 13 Ogos 2019 oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong mengenai peranan Angkatan Tentera Malaysia.

Seperti yang saya selalu tegaskan, tugas utama angkatan tentera adalah untuk mempertahankan tanah air dan warganya.

Kenyataan Koon Yew Yin bahawa “….anggota tentera kita tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur,” bukan sahaja memperlekehkan peranan tentera tetapi tidak benar sama sekali.

Saya mengambil maklum kenyataan maafnya semalam.

Cadangan untuk menggunakan tentera kita untuk tujuan politik atau tujuan lain hendaklah ditolak dengan tegas.

Negara ini tidak memerlukan idea-idea yang mengarut, dan tidak berasas tentang cara Angkatan Tentera beroperasi.

Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah dasar yang bijak dan sokongan masyarakat untuk mengekalkan dan meningkatkan profesionalisme mereka; serta memastikan kebajikan anggota tentera yang menjaga keselamatan negara kita.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This