Soalan:

Nik Nazmi Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pertahanan menyatakan tentang status terkini pembinaan kesemua kapal Littoral Combat Ship oleh Boustead Naval Shipyard.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Status pembinaan Kapal Littoral Combat Ship sehingga 1 adalah 57.01% berbanding dengan perancangan asal 90.11%, iaitu kelewatan sebanyak 33.10%. Status pembinaan mengikut kapal adalah seperti berikut:

1. LCS 1 – status siap semasa 60.60%;
2. LCS 2 – status siap semasa 48.09%;
3. LCS 3 – status siap semasa 43.75%;
4. LCS 4 – status siap semasa 36.49%;
5. LCS 5 – status siap semasa 22.09%; dan
6. LCS 6 – status siap semasa 0%.

Terima kasih.

Share This