Soalan:

Nik Nazmi Nik Ahmad [Setiawangsa] menyatakan sama ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji semula syarat sewa PPR yang memberi sewa kepada ketua keluarga memandangkan banyak ibu tunggal menjadi mangsa apabila ditinggal suami yang didaftarkan sebagai ketua keluarga.

Jawapan:

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT ingin menegaskan bahawa hak sewaan unit rumah PPR hanya akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat dan kriteria permohonan PPR yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT.

2. Dengan mengambil kira situasi dan keadaan semasa, pihak KPKT sedang mengkaji semula syarat sewaan PPR dengan penambahbaikan antaranya seperti cadangan untuk melaksanakan dua (2) penama iaitu ketua isi rumah dan pasangan di dalam dokumen perjanjian sewaan unit PPR bagi memastikan kepentingan semua pihak terjamin. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan di semua PPR di bawah seliaan KPKT dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.

Share This