Soalan:
Nik Nazmi Nik Ahmad [ Setiawangsa ]
minta Menteri Wilayah menyatakan sama ada Tabung Penyelenggaraan 1 Wilayah dahulu dikekalkan bagi memastikan keceriaan bandar raya terutamanya bangunan-bangunan perumahan kos rendah dan sederhana yang sering berhadapan masalah penyelenggaraan.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan berpandangan program Tabung Penyelenggaraan 1 Wilayah (TP1W) adalah merupakan satu program yang dapat memberi manfaat dari aspek keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk berstrata di Kawasan perumahan kos rendah dan sederhana.

Bagaimanapun di dalam melaksanakn program TP1W ini, pelaksanaannya adalah menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh pihak kerajaan iaitu sebelum ini melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya bersedia untuk meneruskan program ini secara menyeluruh sekiranya peruntukan diperolehi daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Share This