SOALAN:
Nik Nazmi Nik Ahmad [SETIAWANGASA] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan asing di Malaysia setiap tahun bermula 2014 hingga 2018.

JAWAPAN:
1. Bagi tahun 2014 hingga 2018, Malaysia telah berjaya menarik jumlah pelaburan melebihi RM1 trilion dalam pelbagai sektor ekonomi, meliputi sektor perkhidmatan, sektor perkilangan dan sektor utama. Pelaburan ini melibatkan 26,947 projek dan dijangka akan mewujudkan 782,721 peluang pekerjaan.
2. Daripada jumlah ini, RM295.2 bilion (28.2%) merupakan pelaburan langsung asing (FDI). Butiran pecahan asing yang diluluskan bagi tahun 2014 hingga 2018 adalah seperti berikut:
(i) Tahun 2014 (RM64.6 bilion);
(ii) Tahun 2015 (RM36.2 bilion);
(iii) Tahun 2016 (RM59.5 bilion);
(iv) Tahun 2017 (RM54.4 bilion); dan
(v) Tahun 2018 (RM80.5 bilion).
3. Walaupun berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Malaysia telah mencatatkan kelulusan FDI yang tinggi pada tahun 2018 dengan nilai pelaburan berjumlah RM80.5 bilion. Ini merupakan jumlah FDI tertinggi yang direkodkan sepanjang tempoh antara tahun 2014 hingga 2018, dengan peningkatan nilai pelaburan pada tahun 2018 adalah sebanyak 48% daripada tahun sebelumnya.
4. Bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaya saing, Kerajaan sentiasa komited dalam mempergiat dan memperkukuhkan usaha bagi terus menarik pelaburan, terutamanya yang berkualiti tinggi agar dapat memberi manfaat kepada negara dan rakyat melalui limpahan aktiviti ekonomi, peluang perniagaan dan pekerjaan bernilai tinggi.
Sekian, terima kasih.

Share This