Sejak kebelakangan ini beberapa isu dua hala timbul di antara Malaysia dan Singapura. Isu-isu ini termasuklah Sistem Pendaratan Instrumen Lapangan Terbang Seletar (ILS) dan Prosedur Pendekatan ILS serta pelbagai isu berkaitan persempadanan maritim.

Tindakan Malaysia dalam melebarkan had pelabuhan Johor Bahru ada dalam hak kita sebagai negara berdaulat di bawah undang-undang antarabangsa.

Sudah tentu Malaysia mahu hubungan baik dengan Singapura. Apa jua jalan perlu diambil untuk memastikan penyelesaian yang baik bagi menyelesaikan isu-isu dua hala yang timbul.

Walaubagaimanapun, Singapura perlu menghormati integriti dan kedaulatan kawasan Malaysia supaya penyelesaian terhadap krisis ini boleh berlaku.

Penyelesaian perlulah melalui ketenangan dan sikap rasional. Pada masa yang sama, kepercayaan dan rasa hormat amat penting bagi kedua-dua negara untuk dapat maju bersama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This