Sejak akhir-akhir ini banyak kontroversi di media mengenai khabar angin Ahli Parlimen Barisan Nasional ingin melompat parti ke Pakatan Harapan.

Kita harus ingat, rakyat mengundi Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan kerana mereka mahukan perubahan politik sebenar berlaku di Malaysia.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 jelas menggambarkan rakyat menuntut perubahan dan menolak Barisan Nasional.

Oleh itu, tidak wajar jika Ahli Parlimen yang lain diterima masuk ke mana-mana parti komponen Pakatan Harapan terutamanya mereka yang selama ini berdiam diri dengan kleptokrasi.

Kita tidak boleh bersedih dengan sikap sinis golongan muda Malaysia mengenai politik sekiranya “urusan politik” masih dimainkan oleh orang-orang yang sama – cuma itu yang kita tawarkan kepada mereka.

Hal ini adalah sesuatu yang harus dielakkan terutamanya dengan rancangan usia pengundian diturunkan kepada 18 tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Pelbagai langkah mesti diambil untuk memastikan ahli Parlimen pembangkang dan bebas tidak dikecualikan atau diasingkan dalam apa jua cara.

Kerajaan Persekutuan wajib memastikan – tanpa berat sebelah atau pilih kasih – mereka mempunyai sumber untuk berkhidmat kepada pengundi mereka – termasuk dalam peruntukan kawasan akhirnya setara dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Selain itu, walaupun rasuah mesti dibawa ke pengadilan, namun siasatan sedemikian tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Kami mengalu-alukan jaminan kerajaan bahawa hal seperti ini tidak akan berlaku.

Perubahan jelas tidak bermaksud semuanya akhir kekal sama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This