Saya sering digambarkan sebagai seorang “Anwarista” yang tegar, terutamanya sejak kemelut politik yang tercetus beberapa hari lepas.

Perkara itu tidak benar. Saya sudah lama berminat dalam bidang politik, namun pendirian dan tindakan yang saya miliki hari ini bukanlah semata-mata berasas menyokong seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim.

Apa yang sebenarnya menimbulkan perasaan minat dalam diri saya ialah kisah-kisah yang diceritakan oleh ayah saya mengenai Dr Burhanuddin al-Helmy dan Tun Abdul Razak—pemimpin-pemimpin yang mencetuskan semangat nasionalisme rakyat Malaysia dengan politik progresif.

Satu lagi titik perubahan penting, ketika saya membaca “The Autobiography of Malcolm x” pada usia 14 tahun.

Kehidupan ikon Afrika-Amerika yang syahid itu menunjukkan saya bahawa Islam dan kepelbagaian kaum bukan sahaja bersesuaian, tetapi saling berkait.Tetapi kenapa Anwar? Saya harus akui, saya sebenarnya keliru dan ragu-ragu apabila Reformasi tercetus.

UMNO tidak pernah menonjol di mata saya—adakah Anwar yang telah keluar dari parti itu berbeza?
Tetapi kemudian saya melihat Perisytiharan Permatang Pauh dan meneliti apa yang terkandung di dalamya—termasuk asas Parti Keadilan Rakyat—saya mendapati pertembungan intelektual dan politikal berbeza yang selari dengan prinsip saya.

Apakah stigma palsu terbesar tentang KEADILAN? Ia ditubuhkan semata-mata sebagai platform untuk cita-cita politik Anwar.

Pakar-pakar sering gagal untuk menyedari bahawa KEADILAN merupakan satu idea yang bersifat revolusi—gerakan berbilang bangsa di Malaysia yang telah pergi jauh.

Dato ‘Onn Jaafar telah mencuba formula ini dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), tetapi ia gagal untuk dimulakan. Usaha politik beliau yang seterusnya, Parti Negara, adalah berasaskan Melayu dan diperlekehkan oleh UMNO dan Perikatan.

Di luar UMNO, kedua-dua Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir Mohamad turut membentuk parti-parti majoriti Melayu: Semangat ’46 dan BERSATU.

Di sini, Anwar menentang semua pandangan konvensional dan memilih kepelbagaian kaum, sementara tidak pernah berputus asa atas komitmennya terhadap kebajikan Melayu dan Islam. Beliau melihat kedua-duanya saling berkait.

Pada tahun 1999, kami memenangi 5 kerusi Parlimen dan cuma 1 kerusi Parlimen pada 2004. Semua calon bukan Melayu kami kalah tetapi Anwar dan Dr Wan Azizah Wan Ismail terus tetap dengan model kepelbagaian kaum.

Setelah beliau dibebaskan buat kali pertama pada tahun 2004, beliau pergi lebih jauh dengan menerbitkan “Agenda Ekonomi Malaysia”, sekali lagi menentang mereka yang menasihatinya untuk memberi tumpuan kepada Melayu.

Saya baru sahaja mula bekerja dengan beliau pada masa itu berasa terkejut.

Pada tahun 2006, kami mencapai satu kejayaan: calon Cina-Malaysia kami di Padungan, Sarawak menang. Titik kritikal adalah Pilihan Raya Umum 2008 apabila ramai calon etnik Cina dan India menang, tak terkecuali calon Melayu.

Kami tidak pernah melihat ke belakang: sejak 2008, KEADILAN telah menjadi parti kebangsaan dan pelbagai kaum yang paling berjaya, dengan wakil rakyat dari semua bangsa: Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun dari Perlis ke Sabah.

Pada tahun 2008, di Kampung Baru, dalam banyak-banyak tempat, Anwar melancarkan agenda “Ketuanan Rakyat”—sekali lagi menekankan tadbir urus berasaskan keperluan dan pembinaan ekonomi di negara kita.
Dan itulah sebab saya menyertai KEADILAN: kerana ia melambangkan Malaysia yang saya inginkan untuk diri saya dan keluarga saya. Masa depan untuk semua rakyatnya, tak kira apa latar belakang mereka.
Idea bahawa Anwar adalah seorang yang gila kuasa tidak benar.

Sekiranya perkara itu benar, dia pasti telah menyertai PAS yang lebih mantap pada tahun 1998 (Presidennya, Ustaz Fadzil Noor adalah kawan baik beliau, yang paling dekat selain ABIM) atau kembali kepada UMNO. Laluan kepada kuasa akan lebih mudah bagi beliau. Tetapi beliau tetap dengan KEADILAN.

Orang lain mungkin telah meninggalkan perjuangan Reformasi, tetapi beliau tidak pernah membuat demikian. Beliau memegang teguh, walaupun dipenjarakan secara tidak adil sekali lagi pada tahun 2015.

Anwar sanggup bekerjasama dengan musuhnya Tun Dr Mahathir untuk membentuk Pakatan Harapan (PH) dan membawa kekalahan bersejarah UMNO pada Pilihan Raya Umum 2018.

Walaupun terdapat perubahan dan penangguhan yang berterusan di sekitar pemindahan kuasa yang dijanjikan, Anwar terus memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir, dan menegaskan bahawa Perdana Menteri patut diberi masa dan ruang walaupun Anwar menghadapi tekanan dari dalam parti beliau.

Walaupun selepas kemelut peralihan kuasa yang dipanggil “Langkah Sheraton”, Anwar dan rakan-rakan PH berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan Tun Dr Mahathir untuk meneruskan gabungan PH.

Dalam tangan siapa “kesalahan” kegagalan koalisi ini, ia adalah sesuatu yang akan diputuskan oleh sejarah.

Walaubagaimanapun, sebagai ketua blok terbesar di Parlimen, Anwar boleh dikatakan mempunyai mandat, hak dan tanggungjawab untuk membentuk kerajaan kita yang seterusnya—sama ada ia minoriti atau tidak. Beliau telah bekerja selari dengan dua tonggak Persekutuan Malaysia: Raja Perlembagaan dan Demokrasi Parlimen.

Sekiranya beliau gagal, pengundi boleh dan akan menendang beliau keluar dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tetapi beliau harus diberikan peluang untuk membuktikan dirinya, untuk mendatangkan hasil kepada percubaannya untuk mencipta permulaan baru untuk Malaysia.

Kami akan menghormati keputusan institusi beraja kita.

Tetapi saya tahu bahawa komitmen Anwar—serta komitmen KEADILAN—kepada Malaysia dan rakyatnya—bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak—akan berterusan tidak kira apa yang berlaku.

Share This