Tetapi kejadian ini tidak boleh dibandingkan dengan tahun 2014. Ini tahun Langkah Kajang. Tahun juga merupakan tahun pemilihan parti 2014.

Saya telah memenangi Jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN. Tetapi semasa saya memberi ucapan sulung saya di Kongres, lebih daripada dua pertiga daripada ahli jawatankuasa keluar dewan.

Mereka membantah hakikat bahawa saya telah mengalahkan lawan saya, calon puak mereka. Ada perkara yang nampaknya tidak pernah berubah!

Di bawah pentadbiran Azmin Ali di Selangor, saya dinaikkan pangkat dari Timbalan Speaker DUN ke ahli EXCO Negeri. Akhirnya ketenangan dapat menimbul.

Tetapi, perkembangan yang sama berlaku lagi. Pertikaian puak membawa kesan yang buruk. Pemimpin-pemimpin tertentu memberi Anwar pelbagai dakwaan ke atas nama saya.

Sudah tentu, saya mempunyai kelemahan dan kekurangan sendiri. Tetapi mereka melebih-lebihkannya.

Parti mengalami banyak kesengsaraan ketika Anwar dipenjarakan sekali lagi pada tahun 2015. Sekali dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Mendiang Karpal Singh, Pakatan Rakyat akhirnya berakhir.

Saya mengumpul pemimpin muda, bukan sahaja pemimpin KEADILAN tetapi DAP, PAS dan masyarakat sivil untuk melancarkan kempen ‘Kita Lawan’ untuk membantah pemenjaraan Anwar.

Saya ditangkap dua kali lagi—pertama kali ditahan selama tiga hari—kerana menganjurkan protes, walaupun saya tidak dituduh di mahkamah.

Walaupun bagaimanapun, Dr Wan Azizah dapat mengekalkan parti menghadapi pelbagai kacau ganggu dari pintu belakang. Beliau seorang wanita yang kuat. Jangan sesekali memandang rendah padanya. Di sebalik sarung tangannya yang lembut ada genggaman besi.

Beliau memainkan peranan dalam pembentukan Pakatan Harapan dengan AMANAH yang baru ditubuhkan dan juga DAP, walaupun terdapat beberapa ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang membangkang.

Malah ada yang mendakwa Pakatan Rakyat masih lagi wujud di Selangor, tetapi sebenarnya wujud sebuah kerajaan campuran Pakatan Harapan dan PAS.

Menjelang Pilihan raya yang seterusnya, saya rasa sudah tiba masanya saya bertanding kerusi parlimen.

Selepas berbincang dengan Rafizi, kami menetapkan Setiawangsa sebagai kawasan untuk saya bertanding—kawasan yang BN tidak pernah kalah.

Bertanding di Setiawangsa juga menakutkan kerana kerana MINDEF dan PULAPOL terletak dalam kawasan itu.

Hakikat itu membawa kira-kira 17,000 pengundi awal yang biasanya menyokong kerajaan.

Namun, saya terus berazam. Jika Pakatan Harapan ingin menguasai kerajaan persekutuan, kami mesti memenangi kerusi seperti Setiawangsa.

Walaupun kecewa dengan birokrasi parti, Rafizi menubuhkan INVOKE menggunakan simpanan peribadinya/

Semua lapisan rakyat Malaysia direkrut dan dihantar ke kerusi-kerusi di seluruh negara.

Beliau merintis banyak inisiatif yang diperlekehkan ramai—seperti pengisytiharan harta—yang pada hari ini termasuk dalam diterima pakai oleh Parlimen.

Kejayaan seterusnya adalah pendamaian antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar. Mahathir konsisten dalam strateginya: apabila beberapa pemimpin dari KEADILAN yang telah memujuknya terus bermain-main dengan PAS, beliau mengekalkan fokusnya pada Pakatan Harapan.

Saya masih ingat ketika Mahathir membuat penampilan yang mengejutkan di perhimpunan BERSIH ketika Rafizi bercakap dan beberapa pemimpin yang lain—termasuk Zuraida Kamarudin—menghina beliau.

Kemarahan mereka terhadap Dr Mahathir boleh difahami. Tetapi, mereka tidak patut menggelar beliau sebagai Mahazalim dan Mahafiraun ketika itu.

Konvensyen Pakatan Harapan pada awal 2018 akhirnya mencapai muafakat: jika Pakatan menang, Mahathir (yang telah membentuk BERSATU selepas keluar dari UMNO) akan menjadi Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai Timbalannya.

Anwar akan dibebaskan dan diampunkan. Beliau akan mempunyai peranan dalam kerajaan sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8. Inilah janji Pakatan kepada rakyat.

Tetapi beberapa pemimpin tidak menunjuk sokongan mereka terhadap pengumuman itu. Modus operandi yang sama sekali lagi.

Ironinya, apabila kita semua berkumpul di Sheraton Petaling Jaya selepas kemenangan 9 Mei 2018, para pemimpin yang sama kini sedang berusaha mengelilingi PM—berharap untuk menerima jawatan dalam kerajaan baru.

KEADILAN muncul dengan 50 kerusi, dari Perlis ke Sabah. Kami gagal memenangi kerusi di Kelantan dan Terengganu tetapi di negeri-negeri lain, kami mempunyai ahli Parlimenmewakili pelbagai kaum: Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.

Ahli politik yang menentang muafakat telah memperoleh pangkat yang paling tinggi, walaupun tidak percaya pada perjuangan Pakatan Harapan pada mulanya.

Itu boleh saya terima. Tetapi jika mereka masih taksub dengan tipu daya politik dan bukannya untuk menunaikan tanggungjawab portfolio mereka, bolehkah mereka menyalahkan rakyat kerana sudah menjadi muak?

Apabila Zuraida, yang memberi gambaran yang warak dan peka tentang wanita menghina orang muda dengan bahasa begitu, pasti mereka sudah tersasar dalam tujuan dan perjuangan yang asal.

Apakah mesej yang dihantar kepada anak muda Malaysia, terutamanya yang berusia 18 tahun dan akan dapat mengundi buat kali pertama?

Ya, politik memang tentang memenangi kuasa. Tetapi politik mesti memanfaatkan rakyat.

Sekiranya ada pemimpin parti yang telah tersasar dari pandangan ini—tidak kira betapa atasnya—lebih baik untuk mereka keluar daripada perjuangan ini.

Tetapi tidak terlewat untuk mereka kembali kepada niat yang betul, untuk menyedari bahawa KEADILAN adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh rakyat, demi rakyat.

Parti ini akan tetap kekal sebagai parti reformasi.

NIK NAZMI NIK AHMAD adalah Ahli Parlimen Setiawangsa dan Setiausaha Pengelola KEADILAN. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri di Parlimen. Penjelasan yang lebih terperinci mengenai peristiwa-peristiwa yang menjelang kemenangan Pakatan Harapan terdapat dalam buku 9 Mei 2018: Catatan dari Garis Depan.

Share This