Kami terus bekerja keras selama beberapa tahun yang kemudian tetapi 2008 masih menjadi kejutan pada saya.

Saya diminta Hj Yahya Shaari, Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor untuk bertanding di Kota Anggerik, di depan ibu bapa saya ketika Anwar turun berceramah di Desa Mentari, DUN Seri Setia.

Saya terkejut dan mengatakan pada usia 26 saya tidak bersedia. Beberapa hari kemudian Yahya mendesak lagi, saya menjawab kalau nak bertanding pun kenalah di kawasan di mana saya bekerja selama ini, di DUN Seri Setia. Beliau bagi lampu hijau dan saya meminta restu Anwar Ibrahim memandangkan saya masih Setiausaha Sulitnya.

Jawabnya mudah menerusi Blackberry: ‘Kalau berani, saya cenderung bersetuju.’

Rakan-rakan muda lain dalam parti— Nurul Izzah Anwar, Sim Tze Tzin 沈志勤, Chang Lih Kang dan Amirudin Shari bertanding kerusi parlimen dan DUN di seluruh negara.

KEADILAN mampu mencalonkan wajah muda kerana kekurangan pemimpin yang lebih berpengalaman dan ‘warlord’ di cabang-cabang.

Seorang kawan, setelah mendapat tahu bahawa saya bertanding, berjanji untuk membantu saya mencari pekerjaan sesudahnya PRU kerana pasti saya akan kalah.

Namun, semua calon muda yang saya sebut diatas menang. KEADILAN muncul dengan 31 orang Ahli Parlimen yang berbilang kaum dan gabungan Pakatan Rakyat memenangi dapat menubuhkan kerajaan di beberapa negeri.

Hari ini, Amirudin merupakan Menteri Besar Selangor. Sim ialah Timbalan Menteri Pertanian. Dan Izzah telah menjadi seorang ahli Parlimen kanan selama tiga penggal.

Selain menjadi ADUN (dan calon termuda menang dalam PRU 2008) saya juga dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor KEADILAN yang baru.

Tetapi tidak semua wakil rakyat baru berkesan: Beberapa orang keluar keluar parti. Anwar pula terkena dakwaan baru hampir dua bulan selepas kemenangan.

Dua tahun selepas 2008, saya meletakkan jawatan saya sebagai Setiausaha Politik MB Selangor. Tetapi secara peribadi, saya berasa kecewa dengan ketegangan antara Khalid dan parti.

Tetapi saya memberi tumpuan kepada jawatan baru saya sebagai Pengarah Komunikasi KEADILAN, mengembangkan kempen ‘Demi Rakyat’ bersama dengan mentor saya, Rafizi Ramli, yang menjadi aktif lagi dalam politik dan menjadi Pengarah Strategik parti.

Saya masih ingat ketika Rafizi, Zuraida Kamaruddin dan saya mengedarkan pelekat ‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pengunjung di Jalan Duta.

Kami menuju PRU 2013 penuh dengan keyakinan, dan Anwar berkempen untuk parti di seluruh negara di atas bas, dan lori Demi Rakyat.

Namun, Tuhan mempunyai rancangan lain. Sasaran kami adalah untuk menang 50 kerusi, tetapi kami berakhir dengan hanya 30. Terdapat banyak dakwaan kecurangan pilihan raya.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat ingin menghantar mesej yang kuat bagi membantah keputusan itu. Kami melancarkan kempen Black505 di Stadium MBPJ di kawasan saya, tiga hari sesudahnya hari pilihan raya.

Memandangkan bahawa kempen tersebut diadakan di Seri Setia, dan saya pasti pihak berkuasa akan memberi perhatian kepadanya, saya mengambil tanggungjawab untuk memaklumkan pihak polis bahawa kempen tersebut diadakan di bawah nama saya.

Perhimpunan itu disambut secara besar-besaran, memenuhi bukan sekadar tempat duduk stadium sahaja tetapi padang dan juga jalan-jalan sekitar. T-shirt hitam habis dijual di Paradigm Mall yang berdekatan. Lebih daripada 100,000 orang hadir.

Sudahpun dijangka, saya didakwa kerana tidak memberikan notis minima 10 hari yang diperlukan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Saya menang di Mahkamah Rayuan ketika mencabar kedudukan Akta tersebut dari segi Perlembagaan tetapi didakwa semula. Akhirnya, saya didenda RM1,500, meskipun pihak pendakwaraya merayu dengan harapan sekiranya saya didenda lebih RM2,000 saya akan kehilangan kerusi dan tidak boleh bertanding lebih 5 tahun.

Lebih serius lagi, retak juga muncul semula dalam Pakatan Rakyat dan juga dalam KEADILAN. Azmin Ali mula mengeluarkan kenyataan terbuka menolak Black505.

Penyertaan saya dalam protes besar-besaran itu kononnya melepaskan peluang saya untuk sebagai bakal ahli exco Selangor—walaupun ini tidak mengganggu saya dalam menghadapi dakwaan tersebut.

Share This