Assalamualaikum dan Salam Harapan.

Saya Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Pakatan Harapan dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Apakah itu PACA?
PACA atau dipanggil sebagai (Polling Agent & Counting Agent) agen pengundian dan agen kiraan undi ialah individu yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal proses pengundian dan pengiraan undi sewaktu pilihanraya.

Mengapakah PACA itu penting?
Kerana apabila adanya PACA, mereka akan diberikan tugas untuk membuat pemerhatian terhadap proses pengiraan undi termasuk membuat bantahan untuk memastikan undi rakyat terpelihara pada pilihanraya nanti.

Apa yang akan terjadi sekiranya tiada PACA?
Sekiranya tiada PACA di tempat mengundi, kita seolah-olah memberi ruang yang seluas-luasnya kepada SPR, kepada Barisan Nasional untuk melakukan penipuan dalam proses pengundian maka tidak ada proses semak dan imbang untuk memastikan borang 14 yang merupakan dokumen akhir yang mencatatkan kiraan undi mengandungi keputusan undi yang telus dan adil.

Setakat ini, kita memerlukan 20,000 orang PACA di 40 kerusi marginal. Tetapi kita hanya ada 4,000 PACA yang berdaftar dan dilatih buat masa ini. Kita sudah kesuntukan masa, kita perlu agihkan PACA ke kerusi-kerusi marginal di seluruh negara supaya mereka dapat daftarkan diri ke SPR dan mereka boleh disahkan di setiap saluran di tempat mengundi.

Jadi apa yang anda perlu buat sekarang?
Pertama sekali, daftar sebagai PACA di https://buff.ly/2ItWxo9.
Selepas itu, hadirkan diri ke latihan PACA seterusnya dan klik ‘Attending’.

Selepas dua kali latihan, YB Rafizi akan menghantar Surat Lantikan kepada emel anda dan pada saat itu, tugasan anda telah bermula. Kepada kerusi-kerusi marginal. Saya berharap saudara-saudari yang daftar sebagai sukarelawan dapat menjadi PACA. Ini merupakan benteng terakhir kita supaya kita dapat memerhati dan memastikan kali ini, kita akan menang pilihanraya. Mereka mungkin boleh buat persempadanan semula, mereka boleh buat akta berita palsu dan sebagainya. Tetapi, sekiranya kita mempunyai PACA yang cukup, saya yakin kita akan dapat melihat kemenangan pilihanraya umum ke-14 nanti.

Jadilah sebahagian daripada proses perubahan negara kita. Terima kasih.

Share This