Nik Nazmi Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tentang pekerja ekonomi gig:-

(a) apakah kerangka perundangan sedia ada untuk melindungi pekerja-pekerja ini ; dan

(b) apakah rancangan penambahbaikan perundangan sedia ada memandangkan wujud perkembangan terkini dengan adanya ekonomi gig.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerajaan telah memutuskan supaya golongan yang terlibat dalam pekerjaan gig economy diberi perlindungan sewajarnya. Pada masa ini, Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen untuk mengawal selia pekerja gig economy dalam aspek pekerjaan dan keselamatan sosial. Antara
opsyen yang dikaji adalah kebolehpakaian undang-undang buruh sedia ada seperti Akta Kerja 1955 untuk mengawal selia pekerja gig economy.

Walau bagaimanapun, memandangkan nature of work golongan ini amat berbeza daripada pekerja sektor formal yang biasa, pemakaian undang-undang buruh hendaklah tidak menjejaskan fleksibiliti bagi pekerja dan syarikat dalam gig economy. Dari aspek keselamatan sosial, golongan
ini adalah dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789].

(b) Memandangkan kesukaran memastikan wujudnya elemen “contract of service” dalam pekerjaan gig economy, peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955 semasa tidak begitu sesuai digunakan dalam mengawal selia pekerjaan mereka. Kerajaan juga tidak bercadang untuk meminda Akta
Kerja 1955 bagi menyesuaikan dengan kaedah pekerjaan gig economy.

Sehubungan itu, Kerajaan juga melihat kemungkinan untuk
mewujudkan satu undang-undang khusus bagi mengawal selia pekerja gig economy ini.

Sekian, terima kasih.

Share This