Seperti yang diketahui umum, umat Islam memerlukan makanan halal. Makanan dan minuman halal perlu disediakan dan dimasak mengikut garis panduan makanan yang dibenarkan Islam.

Contoh makanan haram adalah daging babi, lemak babi dan alkohol, serta produk hasilannya seperti ham, bacon dan minuman keras.

Baru-baru ini pihak berkuasa China di Xinjiang dilaporkan melancarkan kempen terhadap “penyebaran makanan halal”, mereka mendakwa peningkatan produk halal akan menggalakkan ekstremisme agama.

Tindakan pihak berkuasa di Xinjiang adalah pelanggaran prinsip kebebasan agama yang tidak wajar diterima. Ini adalah satu lagi tindakan diskriminasi kerajaan China terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang.

Kami amat prihatin pada tahap penindasan yang semakin meningkat terhadap kaum minoriti Islam di China. Setiap negara tidak boleh membenarkan atau mengamalkan apa jua bentuk diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau agama.

Tindakan China adalah pelanggaran serius hak asasi manusia, walhal mereka pernah mengatakan ingin menjadi anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.

Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa antarabangsa mesti mendesak China supaya diskriminasi dan keganasan terhadap umat Islam di Xinjiang ditamatkan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This