Terdapat laporan media yang menyatakan pihak berkuasa telah membuka semula siasatan ke atas pembelian kontroversi dua kapal selam Scorpene Perancis pada tahun 2002.

Siasatan ini amat dialu-alukan kerana ia merupakan kerja keras yang bertahun-tahun lamanya – bukan sahaja oleh tokoh-tokoh Pakatan Harapan (PH) tetapi juga ahli-ahli media dan masyarakat sivil, yang berusaha untuk mendapatkan kebenaran mengenai pembelian yang mempunyai banyak kesukaran dan hal yang janggal.

Sekiranya kes tersebut telah dibuka semula, pihak berkuasa mesti menjalankan siasatan baru dengan efektif dan mendakwa pihak yang mereka percaya bersalah melakukan kesalahan.

Tambahan lagi, kerajaan PH perlu kembali memastikan ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi apabila melibatkan aset pertahanan negara dan sudah tentu semua bentuk perolehan kerajaan.

Kita harus mengenal pasti, memberitahu awam dan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan wang pembayar cukai tidak sia-sia dan prajurit yang berkhidmat dilengkapi dengan peralatan yang cukup untuk mempertahankan tanah air kita.

Skandal seperti kapal selam Scorpene tidak boleh diulang lagi.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Share This