Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kes Adam Adli: Tahniah UPSI

Tahniah kepada pihak UPSI yang membuka semula pintu universiti kepada aktivis anak muda Adam Adli yang digantung pengajian lima tahun yang lalu.

Adam terkenal dengan semangat perjuangannya terutamanya di kalangan anak muda. Rugi sekiranya potensi beliau disekat hanya kerana kelantangannya dan fahaman politik yang berbeza.

Seperti yang telah ditegaskan sejak sekian lama, universiti haruslah terbuka dan tidak berhadapan tekanan politik mana-mana pihak.

Perkembangan ini bertepatan juga dengan dasar Menteri Pendidikan baru, Dr Maszlee Malik, yang menegaskan bahawa universiti tidak harus menyekat sebarang program ilmiah termasuk yang membincangkan hal politik.

Malaysia Baru haruslah berdiri di atas prinsip yang berasaskan hak asasi dan kedaulatan perundangan serta ketelusan dan keterbukaan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA