Soalan:

Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pertahanan menyatakan rancangan ATM dalam menerajui konsep “jointness” antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, memandangkan cabaran semasa semakin merentasi domain pertempuran.

Jawapan:

Rancangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menerajui konsep “jointness” adalah seiring dengan konsep operasi yang telah digubal oleh ATM sejajar dengan peranan utamanya untuk mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara daripada ancaman luar.

Konsep joint atau kebersamaaan ini amat penting bagi menghasilkan kesan sinergi yang maksima seiring dengan keperluan penugasan masa kini dan akan datang. Konsep ini akan membolehkan ATM diatur gerak sebagai sebuah angkatan yang fleksibel dan boleh diubahsuai dalam masa singkat mengikut keperluan penugasan dan misi yang perlu dilaksana.

Di bawah skop konsep kebersamaan, asset-aset dari ketiga-tiga Perkhidmatan diletakkan di bawah pemerintahan Markas Angkatan Bersama melalui pendekatan assigned forces untuk melaksanakan operasi Bersama. Pendekatan ini dilaksanakan agar trup ATM yang terlibat mudah diatur gerak (deployable), mobile, berkeupayaan saling khidmat dan bersepadu (integrated) sebagai sebuah angkatan yang kredibel.

Walaubagaimanapun, ATM turut menekankan tanggungjawab setiap perkhidmatan untuk raise, train and sustain sebagai persediaaan kepada assigned forces tersebut melalui pelaksanaan operasi perkhidmatan tunggal atau Bersama.

Kementerian Pertahanan
Julai 2019

Share This