Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Isu Calon Presiden Keadilan

Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk mengundur diri sekiranya Anwar Ibrahim memutuskan untuk bertanding sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan parti akan datang.

Kami menghormati dan berterima kasih kepada Dr Wan Azizah atas kesediaan beliau untuk berbuat demikian. Kami juga berterima kasih kepada beliau kesediaannya meletakkan kepentingan negara dan parti sebelum diri beliau sendiri.

Wan Azizah telah melakar sejarah, bukan sahaja sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita negara kita yang pertama tetapi juga sebagai seorang perintis bagi wanita Malaysia dalam bidang politik.

Melangkah ke hadapan, kami berharap bahawa Anwar akan bertanding sebagai Presiden KEADILAN.

Ini akan memberikan ahli parti, para penyokong dan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan dan semestinya, rakyat kita satu kepastian bahawa Malaysia Baru sedang dibina.

Saya percaya bahawa Anwar mampu membawa Malaysia dan parti ke tahap yang lebih tinggi.

Apabila beliau menjadi Presiden, beliau akan mendapat sokongan daripada sebuah pasukan yang muda, dinamik dan majmuk yang bersedia dan mampu untuk berkhidmat kepada negara.

20 tahun selepas permulaan Reformasi, KEADILAN dengan pemilihan parti 2018 mempunyai peluang luar biasa dan bersejarah untuk terus memperjuangkan keadilan sebagai parti progresif dan berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA