Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RUU 355: Pas perlu cakap serupa bikin

Beberapa hari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyatakan pelaksanaan RUU 355 tertangguh ekoran pembubaran Parlimen.

Ini setelah 2 tahun PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan secara “tebuk atap” selepas Langkah Sheraton.

Pada 2017, pada era PAS pembangkang dan BN merupakan kerajaan, PAS mengadakan himpunan besar-besaran mendesak pelaksanaan RUU 355.

Semasa PH memerintah, selain RUU 355, PAS begitu lantang memperjuangkan beberapa isu yang menyentuh sentimen orang Melayu dan agama Islam seperti isu kematian arwah Adib, penghapusan minuman arak dan judi.

Malangnya,sehingga ke hari ini PAS terus diam membisu dan langsung tidak melaksanakan apa yang diperjuangkan sebelum ini. Isu kematian arwah Adib tidak ada tindakan, minuman dan cabutan judi juga meningkat kepada 22 kali berbanding 8 kali semasa PH memerintah.

Rakyat terus ditipu dengan retorik kaum dan agama yang dimainkan oleh PAS, sedangkan isu-isu asas di bawah tanggungjawab Menteri PAS di Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri PAS terus tidak selesai.

NIK NAZMI NIK AHMAD
NAIB PRESIDEN KEADILAN
PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI KEADILAN KELANTAN DAN TERENGGANU

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Bilik Gerakan Pilihan Raya KEADILAN Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.