Rakyat mahu kerajaan yang dipilih mendengar keluhan dan permasalahan yang dihadapi mereka hari ini dan besarlah harapan mereka untuk melihat barisan pemimpin yang telus dan terus menjaga kebajikan mereka.
Agenda utama adalah untuk melawan kemiskinan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi negara ini. Kegagalan kerajaan BN-PN menguruskan negara dengan baik apabila ekonomi merudum, nilai ringgit jatuh, kos sara hidup tinggi, harga barang mahal dan kehidupan rakyat tidak terjamin mesti ditolak dalam PRU-15 nanti.
Rakyat harus memainkan peranan yang penting dan bijak memilih pemimpin dan kerajaan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat.