Saya mengambil maklum permohonan maaf Mohamaddin Ketapi tentang insiden Lahad Datu.
Saya berharap rakyat, termasuklah ahli politik selepas ini akan lebih berhati-hati dalam mengulas hal melibatkan perisitiwa seperti ini.
Ketika insiden Lahad Datu berlaku, ia telah mengorbankan 8 anggota polis san 2 anggota tentera negara. Sudah tentu ucapan yang dilihat seperti memperlekehkan perisitwa ini akan mengundang rasa marah orang ramai.
Kita harus bersyukur dengan keamanan yang kita dapat kecapi hari ini, berkat keringat dan darah daripada semua pasukan keselamatan negara.
Peristiwa pencerobohan ini mengajar kita banyak hal, termasuklah keperluan untuk memperkasakan barisan pertahanan negara, terutamanya di kawasan laut dan udara.
Walaupun kita berharap selepas ini kedaulatan negara kita tidak akan digugat, proses pemerkasaan ketenteraan negara harus terus berjalan.
NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA