Saya ceritakan kronologi pelaksanaan Konvensyen KEADILAN Sarawak yang dibincangkan dari awal di Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN. Majlis Pimpinan Negeri Sarawak dilibatkan dari awal tetapi atas sebab-sebab tertentu mereka cuba menggagalkannya.
Walaupun sering dilabel parti Semenanjung atau KL oleh BN Sarawak sebelum ini dan kini GPS, potensi KEADILAN sebagai parti pelbagai kaum pertama kali direalisasikan bila Dominique Ng menang DUN Padungan pada PRN Sarawak 2006. Beliau YB pertama bukan Melayu KEADILAN.
Kini KEADILAN parti terbesar dalam Kerajaan Pakatan Harapan, dengan YB dari Perlis ke Sabah – Melayu, Dayak, India, Cina dan Kadazandusun. KEADILAN parti nasional pelbagai kaum tulen paling berjaya dalam sejarah negara!
https://www.facebook.com/niknazminikahmad/videos/967943306907477/