Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kematian Jamal Khashoggi

Saya amat prihatin dan terkesan di atas laporan kehilangan dan kematian wartawan Arab Saudi, Jamal Ahmad Khashoggi.

Sesebuah negara tidak boleh dianggap maju jika akhbarnya tidak dibenarkan melaporkan berita secara bebas dan menyatakan pendapat tanpa rasa takut atau berpihak.

Kerajaan Arab Saudi wajib memberi penjelasan penuh dan jelas kepada masyarakat antarabangsa berkenaan keadaan sebenar Jamal.

Bagi negara-negara yang menghormati kebebasan bersuara dan berfikir, ia adalah kewajiban untuk menuntut pertanggungjawaban dan menahan pelaku yang bertanggungjawab ke atas insiden yang mengejutkan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.