Hari ini kita meraikan Hari Malaysia ke-55 negara.
Mungkin ramai di Semenanjung hanya menganggap 16 September sebagai satu cuti umum, tetapi hari ini sebenarnya sangat bermakna kerana hari inilah kelahiran Persekutuan Malaysia antara Semenajung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Perubahan besar politik tahun ini – termasuk kemenangan di pendalaman Sarawak dan banyak kawasan di Sabah – menzahirkan keinginan untuk memenuhi semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Mari kita laksanakan tekad itu kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Jurang pembangunan selama ini antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak mesti diatasi segera.
Saya juga berharap lebih ramai orang Semenanjung yang belajar dari saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak tentang hidup bersatu-padu merentasi kaum dan agama yang menjadi kebiasaan di sana.
Selamat Hari Malaysia semua!