Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Undi Saya No. 32 Untuk MPP

Saya telah menawarkan diri untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dalam pemilihan parti kali ini.

Bagi saya Anwar Ibrahim yang telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden KEADILAN memerlukan pasukan yang mantap. Saya percaya Rafizi Ramli yang telah memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya 2018 adalah calon terbaik Timbalan Presiden.

Pemilihan kali ini di era Malaysia Baru dan selepas kita menjadi parti terbesar di dalam Pakatan Harapan amat penting untuk kesinambungan perjuangan Reformasi selepas 20 tahun. Kita perlu memastikan kita bukan sahaja ada Perdana Menteri dan Kerajaan baru, tetapi corak politik yang baru. Kita perlu memastikan Agenda Reformasi terlaksana. Kita perlu memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan negara.

Undi saya no 32 untuk MPP.

#reformasi20tahun