Tema pengorbanan dan Hari Raya Aidiladha tidak dapat dipisahkan. Bagi yang ibadah korban, lakukanlah demi ketaqwaan dan membantu fakir miskin.
Bagi yang berpeluang menjalankan ibadah haji di tanah suci, semoga haji anda mabrur dan anda selamat pulang ke tanah air.
Marilah kita merenung Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w. ketika baginda menjalankan ibadah hajinya yang antara lain menyebut:
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
“Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.”
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan maaf zahir batin.