Skip to content Skip to sidebar Skip to footer
Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
0 items - RM0.00 0
Nik Nazmi Nik Ahmad Close
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
  • Bahasa Melayu
  • English
Have a Project?
info@website.com
Want to Work With Me?
Send Brief
Want to Buy Illustrations?
Go to Shop
AMK KEADILAN Pakatan Setiawangsa

Peruntukan Ahli Parlimen Untuk Semua Permulaan Baik

7 Jun 2018279Views
Saya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bahawa semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan bagi kawasan pilihan raya mereka sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018.

Sebagaimana telah dinyatakan oleh laporan media, setiap Ahli Parlimen Kerajaan akan menerima sebanyak RM500,000 serta RM200,000 untuk Pusat Khidmat, manakala setiap Ahli Parlimen Pembangkang akan menerima sebanyak RM100,000.

Keputusan untuk memberikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang merupakan satu perkembangan positif dan mengikuti pembaharuan yang telah ditetapkan oleh Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang. Negeri-negeri ini juga memberikan keistimewaan kepada Kerua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri.

Saya menggesa semua Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan PAS juga menyelaraskan perkara ini dengan memberikan peruntukan kepada semua wakil rakyat.

Melangkah ke hadapan, saya berharap apabila keadaan kewangan negara telah pun stabil, peruntukan sama rata mampu diberikan kepada semua Ahli Parlimen.

Walaubagaimanapun, semua Ahli Parlimen perlu memastikan mereka menggunakan peruntukan mereka secara berhemah dan jujur—untuk kepentingan rakyat mereka.

Selain itu, Parlimen patut mengutamakan perbincangan mengenai pembaharuan kepada pembiayaan politik sebagaimana dijanjikan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya. Ini termasuk undang-undang yang bertujuan untuk mewujudkan ketelusan dan had kepada sumbangan individu dan sektor swasta, serta memulakan pembiayaan kerajaan untuk parti politik.

Kita tidak lagi boleh menyaksikan satu lagi episod berbilion ringgit disalurkan ke akaun pimpinan individu atau ratusan juta ringgit disimpan di rumah mereka.

Langkah-langkah ini membantu untuk membanteras rasuah dan konflik kepentingan. Saya akan berganding bahu dengan rakan sekerja saya di Parlimen untuk memastikan kami dapat mulakan gerak kerja menghadapi perkara-perkara ini secepat mungkin.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Navigasi kiriman

Previous
Lawatan Mesra Ke Unit Berita Sukan TV3
5 Jun 2018
Next
Lawatan Mesra Ke Astro Arena Saluran 801
9 Jun 2018

You May Also Like

AMK, KEADILAN, Kenyataan Media
AMK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis
Kenyataan Media, Pakatan
Adakah KeADILan Perlu Sertai “Koalisi Gergasi”?
Carian
Terkini
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
15 Disember 2022
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
14 Disember 2022
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
8 Disember 2022
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa —
No. 5-2, Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

parlimen@niknazmi.com

+603 4131 4293

Pautan
  • Biodata
  • Kit Media
  • Blog
  • Video
  • Hubungi
Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.