Skip to content Skip to sidebar Skip to footer
Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
0 items - RM0.00 0
Nik Nazmi Nik Ahmad Close
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
  • Bahasa Melayu
  • English
facebook-1twitter-newinstagramlinkedinyoutubetik-tok
Have a Project?
info@website.com
Want to Work With Me?
Send Brief
Want to Buy Illustrations?
Go to Shop
AMK KEADILAN Pakatan Setiawangsa

Mansuhkan BTN

27 Mei 2018301Views
Memandangkan Kerajaan Pakatan Harapan komited kepada agenda reformasi dan sedang memperkenalkan penjimatan di dalam Kerajaan, saya percaya bahawa Biro Tatanegara patut dimansuhkan.

Seperti apa yang saya nyatakan beberapa tahun lepas, saya telah menghadiri salah satu kem BTN sebagai seorang pelajar yang ditaja oleh syarikat pelaburan milik kerajaan. Saya mendapati bahawa keseluruhan agenda tersebut bersifat perkauman dan politik.

Dalam pandangan saya, tujuan kem itu seolah-olah untuk menghasut para hadirin Melayu untuk menentang rakyat Malaysia yang berbangsa dan beragama berlainan, menyerang parti pembangkang dan mengagung-agungkan parti yang memerintah pada masa itu.

Terdapat terlampau banyak laporan mengenai penggunaan retorik itu dalam acara-acara BTN untuk perkara tersebut dilihat sebagai insiden terpencil.

Untuk menjadikan perkara lebih teruk, pada tahun 2015, ia telah didedahkan bahawa BTN menyediakan slaid yang mendakwa, antara perkara lain, muzik indie bersifat merupakan ancaman kepada negara.

Saya tidak ada keyakinan bahawa nada ataupun intipati acara BTN telahpun bertambah baik sejak itu.

Keseluruhan matlamat dan etika BTN kelihatan seperti sangat bersifat berat sebelah dan boleh merosakkan perpaduan negara yang tulen. BTN masih lagi dalam kerangka Perang Dingin sedangkan dunia sudahpun bergerak ke era yang lain.

Kini masanya telah tiba untuk BTN dimansukan.

Terdapat pelbagai cara yang lebih baik dan efektif untuk menanam nilai patriotisme, termasuk di kalangan golongan muda.

Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini telah pun menunjukkan bahawa pelbagai usaha telah diambil untuk menjadikan anak muda Malaysia mempunyai harapan dan bersikap lebih optimis mengenai masa depan, serta bersemangat untuk berkhidmat untuk negara – jauh lebih berkesan daripada apa yang dilakukan oleh BTN.

Penjawat awam tetap yang bekerja untuk agensi tersebut, yang ingin terus berkhidmat untuk rakyat Malaysia Baru yang demokratik, berbilang kaum dan majmuk, boleh ditempatkan semula ke perbadanan kerajaan yang lain mengikut peraturan biasa perkhidmatan awam.

Mereka yang tidak tergolong dalam kalangan tersebut, adalah bebas untuk mengejar apa sahaja peluang yang mereka peroleh menggunakan bakat dan tenaga mereka—dengan apa-apa hak atau pertimbangan yang mereka layak diberikan oleh pihak Kerajaan sepenuhnya.

Dengan ini, saya berharap Kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah segera untuk memansuhkan organisasi tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Navigasi kiriman

Previous
Solidariti Untuk Rafizi
26 Mei 2018
Next
Masa Untuk Malaysia Mendepani Zaman
28 Mei 2018

You May Also Like

Esei, KEADILAN
20 Tahun KEADILAN: Bahagian 2- Kekecewaan 2004
AMK, Islam, KEADILAN, Kenyataan Media
AMK mengutuk hukuman mati ke atas pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir
Carian
Terkini
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
15 Disember 2022
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
14 Disember 2022
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
8 Disember 2022
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi Nik Ahmad ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta bekas Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa —
No. 5-2, Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

parlimen@niknazmi.com

+603 4131 4293

Pautan
  • Biodata
  • Kit Media
  • Blog
  • Video
  • Hubungi
Media Sosial
facebook-1twitter-newinstagramlinkedinyoutubetik-tok

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.