Angkatan Muda Keadilan menyatakan solidariti kepada Saudara Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN yang akan mempunyai pendengaran rayuan terakhir terhadap dua hukuman penjara selama 18 bulan yang dikenakan ke atas beliau, pada 1 Jun 2018 ini oleh Mahkamah Rayuan.
Saudara Rafizi telah dikenakan hukuman tersebut kerana disabitkan kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dengan mendedahkan laporan audit 1MDB.
Kita wajar mengingati bahawa Ketua Audit Negara baru-baru ini telah pun mendedahkan bahawa klasifikasi laporan di bawah OSA bertujuan untuk bersifat sementara sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyelesaikan siasatannya terhadap 1MDB.
Selain itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera baru-baru ini juga telah menarik balik saman fitnahnya terhadap Saudara Rafizi berhubung dakwaan beliau bahawa LTAT tidak mempunyai wang untuk membayar gratuiti kepada veteran angkatan tentera—yang berkaitan dengan keputusan beliau untuk mendedahkan laporan audit 1MDB pada awalnya.
Berdasarkan fakta-fakta ini, kami berharap dan yakin bahawa rayuan Rafizi akan diterima.
Tidak kira apa yang berlaku, sumbangan beliau kepada pendemokrasian dan mendedahkan penyelewangan di Malaysia adalah jelas dan kami tahu bahawa beliau akan terus berkhidmat demi kepentingan negara.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA
2 Comments
Lai siew wah
Should have whistle blower act in place. Rafizi is seen clearly that he want to expose corruption..
Please let me know how and to bank in money if his family need help.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Agree with you Lai Siew Wah.
– Nik Nazmi Nik Ahmad –
Comments are closed.