Skip to content Skip to sidebar Skip to footer
Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Blog
  • Video
  • Sumbangan
  • Hubungi
0 items - RM0.00 0
Nik Nazmi Nik Ahmad Close
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Blog
  • Video
  • Sumbangan
  • Hubungi
  • Bahasa MelayuBahasa Melayu
  • EnglishEnglish
Have a Project?
info@website.com
Want to Work With Me?
Send Brief
Want to Buy Illustrations?
Go to Shop
AMK KEADILAN Pakatan Setiawangsa

Pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan

14 Mei 201886Views

Hari-hari dan minggu-minggu mendatang akan menyaksikan pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang pertama.

Saya tahu ramai rakyat yang melihat proses ini dengan rasa bercampur-campur: rasa teruja, minat yang mendalam, malah berdebar-debar.

Rundingan membentuk Kabinet masih berjalan dan saya menggesa semua pihak untuk bersabar.

Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan gabungan dan dipilih atas dasar itu.

Justeru semua keputusan harus dibuat sebagai kerajaan gabungan.

Saya yakin proses ini akan dilaksanakan secara telus, adil dan dengan kepentingan negara diutamakan.

Saya memahami ada banyak spekulasi tentang parti komponen baru Pakatan Harapan.

Keputusan sama ada menerima mereka atau tidak mesti diberikan kepada pimpinan Pakatan Harapan.

Namun, parti dan individu yang tidak memberikan komitmen kepada agenda reformasi dan manifesto kami tidak patut diterima masuk.

Demokrasi yang mekar memerlukan pembangkang yang kuat. Inilah pendirian kami ketika di luar kerajaan dan mesti diteruskan kini apabila kami berada di dalam kerajaan.

Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pakatan Harapan mesti memberikan Barisan Nasional dan parti-parti lain ruang dan sumber untuk berfungsi sebagai parti pembangkang.

Demokrasi Malaysia di ambang mencapai kematangan yang hebat dan setiap parti mesti menyokong usaha yang kita telah mulakan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD 
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Navigasi kiriman

Previous
Terima Kasih Setiawangsa
10 Mei 2018
Next
Pemuda Harapan Mengecam Keganasan Israel
15 Mei 2018

3 Comments

  • Aaron Lai
    Posted 15 Mei 2018 at 6:39 am

    Full agree with your statement, I believe Pakatan Harapan will select the best suitable candidate for the respective ministerial posts, let’s be patient, need not speculate, there is a lot of false news speculating around lately.

    0Likes
    • Post Author
      Nik Nazmi Nik Ahmad
      Posted 15 Mei 2018 at 7:16 pm

      Thanks for agreeing with me Aaron Lai.

      – Nik Nazmi Nik Ahmad –

      0Likes
  • Aaron Lai
    Posted 15 Mei 2018 at 8:28 am

    Just to add on, selection of ministers sole based on merits, regardless of race, party and gender

    0Likes

Comments are closed.

You May Also Like

AMK, KEADILAN, Pakatan, Setiawangsa, Video
Berceloteh Bersama Program ‘Borak Kopitiam’ Di TV3
KEADILAN, Pakatan, Setiawangsa
Wawancara Di Astro Awani
Carian
Terkini
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
15 Disember 2022
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
14 Disember 2022
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
8 Disember 2022
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi ialah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa —
No. 5-2, Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

parlimen@niknazmi.com

+603 4131 4293

Pautan
  • Biodata
  • Kit Media
  • Blog
  • Video
  • Hubungi
Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.