Skip to content Skip to sidebar Skip to footer
Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Blog
  • Video
  • Sumbangan
  • Hubungi
0 items - RM0.00 0
Nik Nazmi Nik Ahmad Close
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Blog
  • Video
  • Sumbangan
  • Hubungi
  • Bahasa MelayuBahasa Melayu
  • EnglishEnglish
Have a Project?
info@website.com
Want to Work With Me?
Send Brief
Want to Buy Illustrations?
Go to Shop
AMK KEADILAN Pakatan Setiawangsa

Pilih Harapan Pada 9 Mei

8 Mei 201891Views
Esok kita akan mengundi di Pilihan Raya terpenting dalam sejarah tanah air kita.

Saya menggesa semua rakyat Malaysia – terutamanya di Setiawangsa untuk keluar beramai-ramai melaksanakan hak demokratik mereka memilih penggubal undang-undang dan kerajaan.

Saya berharap semua pengundi akan keluar ke pusat mengundi awal dan melalui proses pengundian dengan sabar.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Setiawangsa kerana membenarkan saya mengenali mereka, kerana berkongsi dengan saya harapan mereka untuk masa depan.

Waktu saya di Setiawangsa telah mengukuhkan keyakinan saya bahawa rakyat Malaysia dan negara kita sudah sememangnya hebat.

Kehebatan kita terletak pada kerja keras, pengorbanan dan integriti rakyat kita. Ia hanya dapat terus menjadi hebat apabila impian dan aspirasi rakyat menjadi kenyataan, apabila sistem yang ada melindungi rakyat kebanyakan, bukan hanya segelintir kelompok penguasa.

Inilah pilihan yang ada pada Pilihan Raya ini.

Esok rakyat Malaysia – di Setiawangsa dan seluruh negara – ada pilihan.

Pilihan antara pihak sedia ada yang meninggalkan kita ketakutan dan tidak pasti tentang masa depan, atau harapan dan perubahan.

Undilah untuk masa depan yang lebih baik demi negara anda – dan demi anak-anak anda.

Undilah untuk sistem pendidikan yang akan mengangkat martabat semua mereka.

Undilah ekonomi yang dapat berikan mereka pekerjaan yang mereka boleh banggakan, untuk mereka mencari rezeki untuk memiliki kediaman, membesarkan keluarga dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Undilah untuk kerajaan yang akan memulihkan kebebasan institusi-institusi kita, agar mereka dapat mempertahankan kepentingan rakyat.

Undilah untuk sistem kesihatan yang lebih baik, untuk masyarakat yang menghargai dan mengiktiraf peranan wanita.

Undilah untuk pembangunan yang mampan untuk bandaraya kita dan perlindungan, bukan kemusnahan alam sekitar kita.

Undilah perpaduan, bukan perpecahan. Pilih harapan, bukan ketakutan.

Undilah dengan bijak, tanpa rasa takut.

Undilah Pakatan Harapan.

Mari kita bangkit kepada Malaysia yang baru 10 Mei ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
CALON PAKATAN HARAPAN – KEADILAN P118 SETIAWANGSA
#NikNazmi4Setiawangsa

Navigasi kiriman

Previous
GST: Najib Tipu Rakyat
8 Mei 2018
Next
Terima Kasih Setiawangsa
10 Mei 2018

2 Comments

  • Rosnah Lokman
    Posted 9 Mei 2018 at 4:04 pm

    Alhamdulilah saya telah mengundi Pakatan Harapan untuk masa depan rakyat Malaysia.

    0Likes
    • Post Author
      Nik Nazmi Nik Ahmad
      Posted 11 Mei 2018 at 12:50 pm

      Terima kasih atas sokongan anda Rosnah Lokman.

      – Nik Nazmi Nik Ahmad –

      0Likes

Comments are closed.

You May Also Like

AMK, KEADILAN, Kenyataan Media, Pendidikan
Keputusan PTPTN menghentikan pembiayaan penuh mengecewakan
Esei, KEADILAN
20 Tahun KEADILAN: Bahagian 1 – Satu Catatan Peribadi
Carian
Terkini
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
15 Disember 2022
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
14 Disember 2022
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
8 Disember 2022
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi ialah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa —
No. 5-2, Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

parlimen@niknazmi.com

+603 4131 4293

Pautan
  • Biodata
  • Kit Media
  • Blog
  • Video
  • Hubungi
Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.