Skip to content Skip to sidebar Skip to footer
Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
0 items - RM0.00 0
Nik Nazmi Nik Ahmad Close
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
  • Bahasa Melayu
  • English
facebook-1twitter-newinstagramlinkedinyoutubetik-tok
Have a Project?
info@website.com
Want to Work With Me?
Send Brief
Want to Buy Illustrations?
Go to Shop
AMK KEADILAN Pakatan Setiawangsa

GST: Najib Tipu Rakyat

8 Mei 2018282Views
Kenyataan Najib Razak bahawa dia tahu sebenarnya GST akan meningkatkan harga barang membuktikan bahawa beliau dan Kerajaan UMNO Barisan Nasional telah menipu rakyat terang-terangan.

Sebelum pelaksanaan GST, rakyat diberitahu bahawa cukai itu akan menurunkan harga barang tetapi kita semua tahu itu tidak benar.

Kononnya GST perlu untuk menampung perbelanjaan kerajaan, tetapi apa yang kita nampak hanyalah GST digunakan untuk menutup hutang-hutang Kerajaan akibat penyelewangan yang melampau seperti kes 1MDB, LTAT dan Felda.

Rakyat telah terbeban dengan pelaksanaan GST, hidup semakin meruncing.

Sekarang tanpa segan silu Najib menyatakan bahawa melaksanakan GST adalah keputusan paling sukar.

Jika mereka boleh menggunakan helah dengan kemunculan di TV, iklan di radio dan surat khabar untuk menyatakan GST tidak akan menaikkan harga, bagaimana kita hendak percaya bahawa jika Najib menang beliau tidak akan menaikkan kadar GST lagi?

GST bukanlah satu-satunya janji yang mereka tidak tepati; bina sejuta rumah, turunkan harga kereta, naiktaraf pendidikan, pembinaan hospital, ini hanyalah antara beberapa janji yang dimungkiri.

Selagi Barisan Nasional dan Najib memegang tampuk pimpinan negara, selagi itulah mereka akan terus menipu rakyat demi kepentingan sendiri. Cukup-cukuplah Barisan Nasional membebankan kita dan merosakkan Malaysia, sudah masa mereka ditolak sebulat suara oleh rakyat Malaysia.

Esok tolak Barisan Nasional dan GST, dan kembalikan Malaysia yang gemilang dengan memilih Pakatan Harapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
CALON PAKATAN HARAPAN – KEADILAN P118 SETIAWANGSA

Navigasi kiriman

Previous
Setiawangsa: Kempen Pakatan Harapan Jauh Lebih Telus Dan Terbuka Berbanding Barisan Nasional
8 Mei 2018
Next
Pilih Harapan Pada 9 Mei
8 Mei 2018

You May Also Like

Esei, Kenyataan Media, Pakatan
Jalan Ke Depan Untuk PDRM
AMK, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan, Pendidikan, Tentera
Bantuan Kerajaan UMNO-BN terhadap anggota veteran ATM ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’
Carian
Terkini
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
15 Disember 2022
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
14 Disember 2022
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
8 Disember 2022
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa —
No. 5-2, Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

parlimen@niknazmi.com

+603 4131 4293

Pautan
  • Biodata
  • Kit Media
  • Blog
  • Video
  • Hubungi
Media Sosial
facebook-1twitter-newinstagramlinkedinyoutubetik-tok

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.