Dalam satu baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru pihak Angkatan Tentera Malaysia memilih Kerajaan yang stabil.
Pada majlis yang sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menggesa anggota tentera dan polis setia kepada Kerajaan pimpinan Najib.
Kesetiaan pihak beruniform adalah kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bukan ahli politik. Mendokong dasar-dasar serta arahan kerajaan yang memerintah bukan bererti menyokong parti pemerintah membuta tuli, tetapi mendokong aspirasi rakyat yang memilih menerusi sistem demokrasi.
Tentera itu datang dari rakyat, mendokong kerajaan pilihan rakyat dan taat setia kepada Raja Berperlembagaan.
Justeru kenyataan menyeru kesetiaan kepada Najib adalah janggal. Sepatutnya Panglima Angkatan Tentera menggesa pasukan keselamatan mengulangi ikrar setia kepada Yang Dipertuan Agong.
Bertemu dengan veteran dan anggota tentera, terlalu ramai mengadu tentang dasar luar negara hari ini yang tunduk kepada agenda negara asing.
Bandingkan dahulu meskipun kita negara kecil, kita dihormati kerana pandangan tegas soal Afrika Selatan, Palestin dan Bosnia.
Mereka juga mengadu tentang keadaan kelengkapan tentera. Adakah ini cara kita melayan perajurit-perajurit negara?
Untuk berlaku adil, pihak Angkatan Tentera patut membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan anggota tentera dalam satu himpunan di MINDEF untuk menerangkan tawaran Pakatan Harapan untuk tentera.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN