Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 Perlu Digazetkan

Kritikan terhadap DBKL oleh persatuan penduduk Selamatkan KL menunjukkan bahawa kerajaan tempatan di Malaysian perlukan reformasi yang radikal.

Selamatkan KL mendakwa bahawa DBKL telah meluluskan projek pembangunan secara haram, termasuklah mengubah pelan pembangunan tanpa melalui proses yang sah dan gagal meluluskan rancangan tempatan.

Selamatkan KL juga menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DBKL sekiranya mereka terus mengabaikan tuntutan untuk menggazetkan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan telah membuat desakan yang sama pada tahun lepas.

Begitu banyak laporan berkenaan kesan buruk yang dihadapi penduduk Kuala Lumpur berkaitan pembangunan yang tidak mampan, kesesakan lalu lintas dan pengurangan kawasan hijau.

DBKL haruslah menuruti desakan Selamatkan KL untuk memastikan perancangan bandar dilakukan secara lebih telus dan mengazetkan dokumen yang disebutkan. Tidak mungkin penduduk Kuala Lumpur hanya diharapkan untuk menunggu Pelan Struktur Kuala Lumpur 2050 yang DBKL didakwa sedang beri tumpuan.