Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pemuda Harapan Mengalu-alukan Keputusan Mahkamah Rayuan Dalam Saman Anwar Terhadap Khairy

Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam saman Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Persekutuan Khairy Jamaluddin di atas kenyataannya terhadap Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai pada 2008.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan Khajry perlu membayar Anwar RM150,000 dalam gantirugi dan RM60,000 dalam kos. Mahkamah Rayuan telah menambah RM10,000 dalam kos untuk dibayar kepada Anwar.

Keputusan ini membuktikan serangan jahat terhadap Anwar adalah hanya fitnah.

Justeru, Khairy perlu meminta maaf kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia kerana ucapan berniat jahat dan tidak beradab itu.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.