Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tukar Kerajaan Bukan Luar Biasa: Separuh Negeri-Negeri Di Malaysia Pernah Lakukannya

Pagi tadi pekena roti sardin, sarapan dengan rakan.

Rakan tersebut ingatkan, sebenarnya ubah kerajaan bukan perkara asing di banyak negeri di Malaysia.

Negeri-negeri ini pernah punyai kerajaan selain parti Perikatan / BN:

1. Kelantan (1959-1977, 1990-kini)
2. Terengganu (1959-1962, 1999-2004)
3. Sabah (1985-1986, 1990-1994)
4. Pulau Pinang (2008-kini)
5. Selangor (2008-kini)
6. Perak (2008-2009)
7. Kedah (2008-2013)

Perubahan itu pernah berlaku di separuh negeri-negeri di Malaysia.

Untuk jadi demokrasi normal, kita pastikan perubahan itu berlaku di peringkat pusat kali ini, Insya Allah.

Rakyat mahu ekonomi yang adil. Demokrasi berfungsi. Kerajaan yang ada integriti.

Rakyat mahu perubahan. Bukan apa yang sedia ada, atau pihak yang menyokong apa yang sedia ada.

Insya Allah.