Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenyataan Khairy tentang 1MDB gambarkan kejahilannya tentang undang-undang

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin baru-baru ini tentang tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) ke atas individu-individu berkait 1MDB hanya menunjukkan kejahilan beliau di dalam perihal undang-undang.

Jelas di sini DoJ ‰ÛÓ sebuah agensi KerajaanåÊyang berdaulat ‰ÛÓ mempunyai hak untuk mengambil tindakan pelucuthakan dan rampasan ke atas aset yang berkaitan demi menjaga kepentingan AS. Ini juga dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang jelas sepertimana yang dibentangkan di dalam kes mereka.

Apatah lagi, saman tersebut dilakukan ke atas beberapa individu yang diberi hak mempertahankan diri mereka sendiri. Tiada pula Kerajaan Malaysia dikaitkan atau dikatakan bersalah.

DoJ cuma membentangkan fakta berdasarkan bukti yang terperinci, oleh itu jika Putrajaya merasakan mereka diberi layanan yang tidak adil, Kerajaan hanya perlu menyangkal fakta-fakta tersebut dengan jelas.

Ini boleh dilakukan, pertama sekali, dengan menjelaskan siapa sebenarnya Pegawai Malaysia Nombor 1 (Malaysian Official 1) yang telah dikaitkan tanpa nama, tetapi diterangkan dengan pelbagai cara termasuklah sebagai seorang pegawai kanan kerajaan yang juga mempunyai kuasa di dalam 1MDB dan mempunyai tali persaudaraan dengan Riza Aziz (yang telah dinamakan di dalam saman tersebut); dan juga telah menerima jumlah dana yang besar melalui urusan 1MDB.

Lagipun rakyat Malaysia memang berhak menerima penerangan yang terperinci dan telus daripada Kerajaan Malaysia berkenaan fakta yang berkait dengan kes tersebut. Kerajaan mesti jelaskan sama ada kesemua dakwaan di dalam saman tersebut adalah benar ataupun tidak, dan rantaian kejadian kes itu.

Jika tidak, apa gunanya merungut?

Tapi kami faham, Khairy mestilah mempertahankan Perdana Menteri walaupun digelar macai. Oleh itu janganlah merungut sahaja, bentangkan fakta-fakta yang jelas, benar dan tidak mungkin disangkal oleh mana-mana pihak.