Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMK mengecam tindakan terhadap Dr. Mahathir dan peguam

Kami amat terganggu oleh laporan-laporan media berkenaan tindakan pihak berkuasa yang sedang menyiasat mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di bawah Akta Hasutan.

Kami juga tidak senang hati dengan penyiasatan di bawah Akta yang sama ke atas beberapa peguam yang telah membuat satu usul berkenaan Peguam Negara di Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Peguam baru-baru ini.

Kami sering berpendirian bahawa Akta Hasutan haruslah dihapuskan, tidak kira ia digunakan ke atas sesiapa pun.

Amatlah tidak masuk akal apabila pihak berkuasa berpendapat bahawa keselamatan negara boleh diancam hanya dengan mesyuarat tahunan sebuah badan professional, atau dengan kata-kata seorang negarawan yang sudah berumur 90 tahun dan telah menghabiskan hampir keseluruhan usianya di dalam perkhidmatan awam.åÊUndang-undang keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan yang sebenar, bukan untuk menyelesaikan pertikaian politik.

Terlalu banyak kesalahan-kesalahan jenayah serta perkara lebih serius yang harus ditangani oleh pihak berkuasa pada masa ini.

Kami percaya semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras berkongsi sentimen ini dan tidak mahu sebarang tindakan diambil sama ada ke atas Dr Mahathir mahupun peguam-peguam tersebut.

Malah, dengan segala pendedahan baru-baru ini ke atas Perdana Menteri sama ada di dalam kes 1MDB mahupun pemindahan wang dengan jumlah yang besar ke akaun peribadinya, kami yakin pihak berkuasa mempunyai bukti yang cukup untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Perdana Menteri Najib Razak.

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.