Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menteri tidak wajar sebar khabar angin

Angkatan Muda KEADILAN merujuk kepada laporan-laporan berita berkenaan ancaman pengganas di beberapa kawasan “hotspot” baru-baru ini.

Kami menyambut baik saranan polis agar masyarakat tidak mudah mempercayai khabar angin yang tersebar sama ada melalui laman sosial ataupun buah mulut orang ramai.

Namun begitu, perlu ingatkan di sini bahawa antara yang jelas telah menyampaikan kenyataan palsu adalah Menteri sendiri, iaitu Tengku Adnan Mansor. Ketika satu sidang media baru-baru ini, dia mengatakan bahawa beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur telah menjadi sasaran pengganas. Kenyataan ini telah dinafikan oleh pihak polis sendiri.

Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan sehingga kini masih ramai yang menyebarkan kenyataan ini sehingga mengakibatkan keresahan orang ramai tentang perihal keselamatan negara.

Jika benar pihak polis mengambil serius tentang penyebaran maklumat dan berita palsu, mereka harus bertindak tegas terhadap Tengku Adnan kerana kata-kata seorang Menteri pasti memberi implikasi yang besar.

Sudah masanya seseorang Menteri bertanggungjawab terhadap kata-kata yang diungkapkan.