Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMK kecewa dengan keputusan kes Yuneswaran

Angkatan Muda KEADILAN kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwaraya v R Yuneswaran.

Keputusan itu telah menyabitkan kesalahan ke atas Setiausaha Kerja KEADILAN Johor R Yuneswaran di bawah Akta Perhimpunan Aman  kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan yang diadakan pada tahun 2013, atau lebih dikenali sebab Perhimpunan Black 505. Beliau disaman RM6,000.

Ini bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh makamah yang sama pada awal tahun ini di dalam kes Nik Nazmi v Pendakwaraya di mana Mahkamah Rayuan mendapati bahawa tindakan menghukum perhimpunan awam tanpa notis seperti yang ditetapkan oleh seksyen 9 (5) PAA adalah melanggari asas Perlembagaan.

Perubahan ketara ini bagaikan mengisyaratkan satu era di mana hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan semakin samar akibat penfasiran yang terhad oleh mahkamah.

Sekiranya kes ini dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, kami hanya boleh berharap bahawa Mahkamah Persekutuan akan mengambil langkah yang lebih berani dan adil di dalam mentafsir Akta tersebut. Di dalam era global dan penuh kebebasan ini, tafsiran undang-undang berkenaan hak
asasi dengan cara yang jumud adalah tidak relevan, malah ia bertentangan dengan perkembangan Malaysia sebagai negara yang bebas dan demokratik.