Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Saya menyambut baik janji Menteri Pendidikan Kedua, Idris Jusoh, yang telah menaruh jawatannya jika prestasi pelajar di dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pengajian Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) tiada peningkatan.

Tidak ramai ahli kabinet kerajaan UMNO-BN yang sanggup bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara di bawah bidangkuasa sendiri.

Kami akan memastikan Idris memegang pada janjinya, dan dalam pada itu kami juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut rancangan beliau bagi memastikan peningkatan prestasi pelajar di dalam PISA dan TIMSS.

Walaubagaimanapun, beliau perlu ambil maklum bahawa keresahan ibu bapa, ahli pendidik dan pihak majikan bukanlah hanya tertumpu kepada kedua-kedua ujian penilaian antarabangsa tersebut.

Masalah yang dihadapi oleh sistem pendidikan Malaysia adalah lebih mendalam daripada prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan di dalam PISA dan TIMSS ‰ÛÓ sememangnya penurunan dalam presetasi tersebut adalah membimbangkan.

Masih terdapat penyalahgunaan kuasa secara sistematik dan beberapa kelemahan di dalam sistem pendidikan yang tidak diendahkan. Ini termasuklah kelemahan di dalam latihan dan pengurusan guru, campur tangan politik di dalam kurikulum sekolah, dan juga dakwaan penyalahgunaan perolehan serta kes-kes perlakuan prejudis terhadap pelajar minoriti.

Adalah lebih baik jika Menteri berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah sekian lama tidak diatasi ini, dan menaruhkan jawatan di samping usaha untuk menyelesaikannya.

NIK NAZMI NIK AHMAD

EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SELANGOR