video


Biografi

Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia. Nik Nazmi menganggotai Parti Keadilan Rakyat sejak tahun 2005 dan kini merupakan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelana Jaya.

Blog


Rasmi: Anwar Menang Dengan Majoriti 15,000

26 Aug 2008 | Current Affairs | by admin | 10 Komen

Keputusan rasmi pilihan raya kecil Permatang Pauh: YB Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 31,195 undi, Dato’ Arif Shah, 15,524, Hanafi Mamat, 92. Majoriti Anwar sebanyak 15,671, meningkat dari majoriti 13,388 Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 8 Mac lalu.

Keputusan Tak Rasmi: Anwar Menang, Majoriti Bertambah

26 Aug 2008 | Current Affairs | by admin | 0 Komen

Saya dalam kereta menuju ke markas pilihan raya utma Keadilan di Yayasan Aman.

Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang bertambah.

Saya akan maklumkan keputusan rasmi tak lama lagi insya Allah.

UMNO Has Tried to Bury Anwar for 10 Years and Failed

24 Aug 2008 | Current Affairs, Personal | by admin | 2 Komen

YB Khairy Jamaluddin claims that his mission in Permatang Pauh is to bury Datuk Seri Anwar Ibrahim.

But UMNO has tried to do so for the past decade, invoking one scurrilous allegation after another. Yet Anwar has chosen to fight on every single time.

Last year in Ijok, Khairy promised to bury Keadilan, but we increased our number of seats by 31 times.

Anyway armed with strepsils and panadols, we’re soldiering on here.

Pak Lah Tergesa-gesa Turunkan Harga Minyak, Takut Anwar?

23 Aug 2008 | Current Affairs | by admin | 7 Komen

Pada hari ini harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 15 sen, menjadi RM2.55.

Tiga hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga minyak tidak akan diturunkan sebelum 31 Ogos.

Pada 2 Ogos 2008, Pak Lah mengumumkan sistem apungan baru harga minyak yang mana ia akan disubsidikan sebanyak RM0.30 setiap bulan dan harga baru diumumkan pada 1 haribulan setiap bulan.

Pada 5 Jun 2008, harga minyak dinaikkan dari RM1.92 kepada RM2.70.

Pada 2 Jun 2008, akhbar melaporkan Datuk Shahrir Samad menyatakan harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga Ogos.

Pada 25 Mei 2008, akhbar melaporkan kerajaan menjamin harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga September.

Adakah perubahan dasar tergesa-gesa terbaru Pak Lah dibuat kerana beliau begitu terkesan selepas menaiki LRT dan komuter beberapa hari lepas, ataupun beliau begitu risaukan pilihan raya kecil Permatang Pauh selepas strategi liwat tak menjadi?

Puluhan Ribu Rakyat Hadir Penamaan Calon

16 Aug 2008 | Current Affairs, Personal | by admin | 8 Komen

Sebentar tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Saya hadir bersama isteri. Selepas bertemu YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak dan bekas rakan sekerja saya di Pejabat Anwar, kami ke belakang bersama pimpinan lain.

Yang ada termasuk Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, YB Datuk Husam Musa, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Lo’Lo’Ghazali, YB Dr Siti Mariah, YAB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Singh, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan barisan kepimpinan Keadilan lain.

Kemudian saya dan Sim sempat menemani seorang lagi rakan sekerja kami YB Nurul Izzah Anwar bertemu orang ramai.

Pertarungan sudahpun bermula!

YB Puad Zarkashi dan Nik Nazmi di Hujah TV9: Memilih Wakil Rakyat - Prestasi atau Simpati?

14 Aug 2008 | videos | by admin | 4 Komen

Syabas kepada Mahasiswa UiTM Yang Berhimpun

12 Aug 2008 | Current Affairs | by admin | 46 Komen

Pagi tadi dianggarkan 300 orang mahasiswa UiTM berhimpun di Shah Alam bagi membantah kenyataan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. Mahasiswa tersebut turut menyerahkan memorandum kepada wakil pejabat kami. Saya dan Tan Sri Khalid berada di Dialog Bajet Selangor 2009 di Subang Jaya.

Sebelum ini, Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Exco Pendidikan YB Dr. Halimah Mohd Ali yang menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak UiTM dibuka kepada golongan Bukan Bumiputera. Dr. Halimah menyatakan perkara tersebut boleh dipertimbangkan tetapi harus dikaji secara berhati-hati.

Tan Sri Khalid sendiri mengingatkan bahawa matlamat penubuhan UiTM ialah untuk membangunkan prestasi Melayu dan Bumiputera, dan peranan tersebut mesti terus ditekankan. Tetapi pada masa yang sama, dalam era global ini, UiTM mesti memikirkan bagaimana membolehkan pelajar mereka berinteraksi dengan masyarakat lain.

Bagaimanapun, kata Tan Sri Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi Bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

Selepas dimaklumkan tentang demonstrasi tersebut, Tan Sri Khalid sendiri menawarkan untuk bertemu pimpinan mahasiswa UiTM bagi membincangkan masa depan dan hala tuju Melayu dengan lebih mendalam.

Tahniah kepada pimpinan mahasiswa UiTM yang berani menggunakan hak mereka untuk bersuara. Saya berharap mahasiswa UiTM akan turut lantang menyuarakan tentang jurang antara kaya dan miskin Melayu yang makin melebar; pengkhianatan terhadap perjuangan bahasa kebangsaan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah kebangsaan sehingga pelajar-pelajar Melayu tercicir; masalah sosial yang makin menjadi-jadi di kalangan kaum Melayu; dan masalah peminggiran ramai orang Melayu dari sudut ekonomi.

Saya juga yakin dengan sikap tersebut mahasiswa UiTM akan turut sama mendesak pemansuhan AUKU secara menyeluruh bagi mengembalikan otonomi kepada IPT dan mahasiswa, sekaligus menolak pindaan ‘kosmetik’ AUKU yang akan dibuat apabila Parlimen bersidang minggu depan.

Syabas mahasiswa UiTM!

MSLS Forum with YB Tony Pua and YB Khairy Jamaluddin

11 Aug 2008 | videos | by admin | 2 Komen

Kekalutan Pak Lah Menghadapi Anwar

10 Aug 2008 | Current Affairs | by admin | 9 Komen

Pada pagi Khamis lalu saya turut serta bersama ramai rakyat Malaysia lain menghadiri pembicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta. Jalan sesak sebaik sahaja keluar dari tol Jalan Duta kerana sekatan polis. Saya mendapat tahu sampai ke Paka, Terengganu pun didirikan sekatan polis pada hari tersebut!

Jika sebelum ini Saiful mengadu Anwar meliwat beliau, kini pendakwaan dibuat atas alasan perkara tersebut di atas dasar ’suka sama suka’. Jika ya, mengapa tak dakwa Saiful?

Jelasnya, pimpinan BN di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kalut menghadapi Anwar. Kini BN cuba memainkan sentimen ‘underdog’ bagi mengharapkan ramai pengundi Permatang Pauh akan merasakan Anwar pasti menang dan tidak keluar mengundi.

Jentera Keadilan di sana sedang diperkemaskan. Kita tidak akan mengambil mudah pilihan raya kecil ini. Kalau dalam keadaan ini Pak Lah sudah ketakutan menghadapi Anwar, bayangkan jika Anwar berada di dalam Parlimen!

Urgent need for more volunteers for Desa Mentari Tuition Project! Do it for the kids!

05 Aug 2008 | Community, Personal | by admin | 0 Komen

Dear friends,

In January this year, a few friends and I decided to start the DesaMentari Voluntary Tuition Centre. DesaMentari is a low-cost housing estate with nearly 4,000 homes, catering for over 15,000 people. A planning nightmare, the project was aimed at offering the children in DesaMentari an opportunity to improve their education prospects and break the vicious cycle of poverty.

The project, under the leadership and guiding hand of former teacher and educationist Mawarni Hassan, gets young professionals from all over Kuala Lumpur to volunteer their time to help standard 4 to 6 students from DesaMentari improve their English, Science and Mathematics. Every student pays a token fee of RM10 per month to help defray administrative costs and guarantee their commitment to take the project seriously.

Much has happened since. The shy students who previously refused to say a word of English in January can now confidently participate in Choral Speaking in front of a large crowd! They performed during a recent open day where the volunteers met the parents to brief them on their children’s performance and find out any problems at home.

We started with 15 students, now the number has ballooned to over 60 students. We started with classes once every week on Saturdays, now due to overwhelming demand it has increased to five following the request from parents: Saturday afternoons for standard four and five students; Sunday mornings as well as Monday, Wednesday and Friday nights for standard six students.

The increase follows demands from parents. Last weekend I met a grandmother in a neighbouring area, KampungLindungan, who was in tears requesting that a similar project be set up in her area as it was difficult to get affordable tuition for kids these days.

Therefore the volunteers are now overstretched. We need more volunteers to participate in this project. No matter how busy you are, I hope you can find some time in your busy schedule to help these kids. As the other volunteers can testify, spending time with these kids is a wonderful experience indeed!

To find out more, kindly call 0176362047 (Yassir), e-mail mentariproject@gmail.com or visit www.mentariproject.blogspot.com.

Kind regards

Nik Nazmi Nik Ahmad
www.niknazmi.com
niknazmi@niknazmi.com
Founder of DesaMentari Voluntary Tuition Project /
State Assemblyman for Seri Setia

Jadual Program

Nik Nazmi di laman sosial : Facebook | MySpace | Friendster | Flickr | YouTUBE |