Seri Setia

Lokasi DUN Seri Setia

Dewan Undangan Negeri N32 Seri Setia terletak di bawah kawasan Parlimen Kelana Jaya di negeri Selangor Darul Ehsan. Terletak hanya 5 ke 10 minit ke barat daya bandaraya Kuala Lumpur, Seri Setia boleh dicapai dengan antara lain Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya NPE, Lebuhraya Damansara Puchong, LRT Aliran Kelana Jaya dan KTM Komuter Aliran Sentul-Pelabuhan Klang. DUN ini terletak di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Antara kemudahan awam yang terletak di bawah DUN Seri Setia termasuklah Stadium MBPJ, Padang PKNS dan Taman Kelana Jaya.

Antara pencapaian saya di DUN Seri Setia

  • Menyelesaikan penyerahan Taman Komuniti Kelana Jaya (berhampiran Plaza Kelana Jaya) daripada PKNS kepada MBPJ yang tertangguh sejak tahun 2005
  • Mendapatkan Tadika Rakyat tajaan Kerajaan Negeri bagi menyediakan pendidikan pra-sekolah yang murah untuk penduduk Desa Mentari, Desaria dan Kg Lindungan
  • Program tuisyen sukarelawan ‘Projek Mentari’ di Desa Mentari yang diasaskan oleh Nik Nazmi sebelum Pilihan Raya Umum 2008 kini telah berkembang pesat dengan mempunyai premis sendiri dan 2 kakitangan tetap selepas mendapat kerjasama pihak kerajaan, NGO dan swasta. Projek Mentari mendapat anugerah khas Projek Komuniti daripada Menteri Besar Selangor
  • Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia diperakui sebagai Pusat Khidmat Paling Mesra Warga Emas sepanjang program Jom Shopping 2011-2012 Kerajaan Negeri
  • Menyelesaikan Masalah Migrasi Meter Individu Apartmen Kayangan PJS 10
  • Sumbangan Khas Kabin untuk Rondaan Keselamatan Persatuan Penduduk / Rukun Tetangga PJS 10
  • Berjaya membuka semula ‘divider’ jalan di Jalan Montfort untuk masuk ke Taman Glenmarie
  • Mendapatkan MBSA untuk mengambil alih Dewan Taman Glenmarie
  • Memastikan bangunan baru Masjid al-Islamiah Kg Lindungan siap dibina
  • Memastikan sekolah Tamil di Kg Lindungan mendapat tanah tambahan 0.5 ekar menjadi 1.5 ekar
  • Memindahkan Pasar Malam Taman Subang Indah PJS 10 yang menghalang lalulintas dan mengganggu penduduk
  • Mendapatkan peruntukkan Projek CERIA Kerajaan Negeri di Pangsapuri PKNS SS8 Sg Way
  • Mendapatkan peruntukkan PKNS bagi membaiki lif Desa Mentari
  • Mendapatkan peruntukkan Projek CERIA Kerajaan Negeri bagi membaiki lif Desa Mentari
  • Mendapatkan peruntukkan Projek CERIA Kerajaan Negeri bagi mengecat semula Pangsapuri Sri Melewar Shah Alam
  • Menubuhkan Pusat Wanita Berdaya di Pangsapuri PKNS SS6 Kelana Jaya
  • Mengatasi masalah pembetungan di Pangsapuri Sri Subang, Kg Lindungan dan Desaria Fasa 1
  • Bekerjasama dengan Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat dalam menentang pembangunan Padang PKNS SS7 Kelana Jaya

2 Responses to Seri Setia

  1. izmi yazli yacob says:

    Assalammualaikum & Semoga saudara Nik Nazmi serta didalam limpahan rahmatnya.

    Saudara, saya salah seorang penduduk di Mentari Court Apartments. Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata tetapi saya terpanggil untuk memohon bantuan daripada saudara.

    Sebenarnya, saya serta beberapa penduduk disini sudah buntu bagaimana nak mendapatkan perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab mengenai keadaan infrastruktur di kawasan Mentari Court Apartments.Sudah banyak kali kami utarakan mengenai kedaifan kemudahan asas disini.

    Saya tidak menafikan bahawa ada beberapa “orang-orang yang berstatus VIP” yang datang kesini, itu pun setelah keadaan menjadi parah.Saya juga percaya Saudara Nik Nazmi pun dah maklum ada masa ketika dulu Ketua Polis Negara ada buat lawatan kesini itupun setelah perkara kebanjiran warga Afrika yang tidak sah dilaporkan oleh pihak media. Begitu juga dengan lawatan Menteri Kesihatan, apabila pihak media ada melaporkan mengenai antara kes denggi yang tertinggi di Selangor terdapat di sini juga.

    Saudara Nik Nazmi, bukannnya kami perlu wang ringgit daripada “orang-orang besar ini” tetapi biarlah perhatian daripada pihak berwajib kepada rungutan kami ini berbentuk ikhlas dan berterusan. Jangan pulak bila dah dilaporkan oleh pihak media, baru nak diambil tindakan.

    Sebagai contoh, kalau sekiranya saudara ada kesempatan, cubalah saudara lihat keadaan dan sistem punggutan sampah yang masih tidak terurus dan keadaan lif disini. Saudara sendiri boleh cuba tengok di Blok A misalannya dan saya juga pasti keadaan yang serupa di blok-blok lain.

    Beberapa bulan lepas ada insiden orang membakar tilam di tangga kecemasan berdekatan tingkat 3 di Blok A dan apa yang kami khuatirkan pili bomba yang sepatutnya dalam keadaan baik pun tiada kelihatan. Ada sesetengah tangga disini pun tidak di selenggara dengan baik walaupun kami tetap terus membayar yuran penyelenggaran kepada pihak JMB disini.

    Kebanyakan daripada kami bukannya mempunyai pendapatan yang tinggi seperti mereka yang menetap di SOHO Empire Subang Jaya mahupun Pangsapuri Ridzuan tetapi kami cuba juga membayar yuran penyelenggaraan. Adakala kami kehairanan dimanakan perginya duit yang kami bayar selama ini, kalau saudara tengok keadaan kolam renang pun ada kalanya tidak sesuai digunakan. Hanya haiwan seperti katak sahaja yang sesuai membina habitat dikolam tersebut.

    Kami juga mempunyai penghuni yang berstatus OKU, jadi cuba saudara bayangkan perasan kami disini. Adakalanya kami merasa walaupun kami adalah rakyat Malaysia tetapi dengan keadaan yang kami alami sekarang tidak ubah seperti di negara asing. Kami juga begitu berasa sangat kecewa serta hampa kerana adakalanya kami merasakan kami menjadi mangsa keadaan politik diantara dua Parti Politik yang besar dinegara ini. Jadi kemanakah lagi yang kami perlu luahkan kekecewaan kami ini.

    Saudara Nik Nazmi, sekali lagi, kami bukannya minta wang ringgit tetapi merayu daripada saudara datanglah ketempat kami secara sendiri mahupun secara mengejut tanpa saudara menghubungi sesiapa yang “mempunyai kuasa” disini supaya saudara dapat melihat dengan sendiri keadaan kami disini.

    Sebelum saya mengakhiri, saya bagi pihak penduduk terutamanya dari Blok A sehinggalah ke Blok H, kami memohon maaf jika telah terkasar bahasa. Saudara Nik Nazmi , kami benar-benar merayu agar pihak Saudara dapat menyelesaikan masalah kami ini.

    Sekian,terima kasih.

    Yang Mengharap.

  2. izmi yazli yacob says:

    Assalammualaikum & Semoga saudara Nik Nazmi serta keluarga didalam limpahan rahmatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *