Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Zahirkan Kemarahan Anak Muda Tolak Kezaliman Terhadap Anwar Ibrahim

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengecam keputusan kes Fitnah 2 sebagai satu konspirasi politik untuk melemahkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Namun kezaliman ini hanya menguatkan lagi semangat anak muda untuk melawan kebobrokan penguasa. Yang pasti anak muda tidak akan berdiam diri walaupun terdapat unsur-unsur tekanan dan ugutan daripada pihak berkuasa untuk menutup mulut rakyat daripada menyuarakan pendapat mengenai fakta-fakta kes yang ternyata menjurus ke arah konspirasi politik.

Sebagai permulaan, kami menyahut seruan Dato‰Ûª Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN untuk berhimpun solidariti (vigil night) di hadapan penjara Sungai Buloh setiap malam yang telah bermula sejak malam semalam.

Manakala, pimpinan AMK di peringkat negeri juga akan menggerakkan sokongan rakyat di peringkat akar umbi bermula dengan flashmob selepas solat Jumaat esok di masjid-masjid tumpuan utama di setiap negeri. Kami juga akan hidupkan pentas-pentas ceramah Jelajah Bebas Anwar di peringkat AMK cabang untuk menerangkan fakta-fakta kes dan menayangkan video ucapan Dato‰Ûª Seri Anwar Ibrahim di dalam Mahkamah.

Kami juga akan mengadakan pertemuan-pertemuan dengan anak muda dari pelbagai latar belakang sebagai usaha bersepadu menzahirkan kebangkitan orang muda bermula dengan sesi perbincangan pada hari Ahad ini di Kuala Lumpur.

#KitaLawan #BebaskanAnwar