Monthly Archives: June 2013

Dakwaan Penurunan Harga Kereta Satu Lagi Kes Penipuan Utusan

Syarikat-syarikat pembuat kereta telah menafikan dakwaan Utusan Malaysia bahawa mereka menurunkan harga kereta-kereta mereka sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto UMNO-BN.

Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya UMNO-BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.

Apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, UMNO-BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan. Namun dengan mudah kami menjawab bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta.

Akhirnya, selepas manifesto pilihan raya Pakatan dilancarkan, UMNO-BN menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional. Malangnya kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan ‘bersandarkan kuasa pasaran’.

Nampaknya komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh UMNO-BNI dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan namun sehingga ke hari ini mereka gagal mencari mekanisme untuk berbuat demikian tanpa menghapuskan kebergantungan kerajaan terhadap duti eksais.

Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.

Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, UMNO. Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.